Assalamualaikum wrt. wbh.
Bismillahirrahmanirrahim.
Telinga merupakan anugerah Allah taala yang amat besar pada manusia. Tanpa telinga, kita akan kesunyian dan tidak dapat mendengarkan bunyi-bunyi yang indah melalui alam sekeliling kita yang tidak pernah sunyi.. walaupun dengan satu titik air.
Jauhi menyebarkan sesuatu yang kita tidak tahu kisah sebenarnya - elakkan fitnah.
"Amboi, buruknya lagu, lagu apa tu? Oh lagu tu bla bla bla.." dialog antara rakan-rakan, diorang jaguh karaoke, he2. Jika kita kaji sedikit, buruknya tu datang dari mana? dari halwa telinga kan.. halwa telinga yang menerima datangnya bunyi tersebut mengisi kekosongan separuh acara otak yang sentiasa bergerak.
Habis semuanya dicerna otak, maka pentafsiran bermula, positif atau negatif? mata, mulut dan tangan (keyboard warriors) mungkin bergerak.
"Eh, awak tahu tak, Cik Minah senget tu bla bla bla..", kata si fulan (seseorang). "Oh, dia tu memang camtu, hari-hari mengandung, macam kucing dah bla bla bla.." jawab kawan kepada si fulan tersebut.
Jawapannya mungkin kurang sopan, tapi mulanya dari mana? telinga. Anda buka telinga pada sesuatu yang buruk maka besar kemungkinannya anda akan mula terjebak kepada keburukan.
Jangan dengar.. umpatan, cacian, keburukan, ke'aiban atau penghinaan terhadap seseorang saudara Islam kita yang lain. Kerana besar kemungkinannya dan sangat banyak kemungkinannya kita akan pergi pada yang haram.
"Saya terdengar je ustaz, bukan saya buat ape-ape pun.." jika terdengar, maka tiada masalah, cuma jauhilah si pemberitahu kerana "Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pendusta kalau dia menceritakan semua yang dia dengar (tanpa mengkaji benar atau tidak)" Hadis Riwayat Muslim.
Elakkan dan jauhilah daripada berkawan dengan 'pendusta' atau pengumpat yang kata-katanya langsung tidak membawa manfaat kepada diri kita, bahkan membawa kemudharatan bila salah tafsiran dari mereka yang tidak berkenaan.
Jaga telinga agar mata, mulut, tangan, kaki dan hati turut terjaga. Insyaallah sama-sama kita berusaha menjaganya.
Anda bijak dengan menjauhi semua itu kerana 'cahaya' Allah tidak akan sampai pada orang yang melakukan maksiat. Kekanglah nafsu dengan membaca al-Qur'an dan zikrullah. Insyaallah ada jalannya..
Manusia yang bertamadun adalah manusia yang sanggup berubah dari suatu keadaan yang buruk kepada yang lebih baik. Pilihlah hanya yang halal pada telinga.
Walhamdulillahirabbil 'alamin.