Assalamualaikum wrt. wbh.
Sama-sama kita mulakan sesuatu dengan membaca Basmalah, moga beroleh berkah.
Oops, tunggu sekejap.. apa yang hendak ditunggu-tunggukan tu? Nak mintak tumpang ke ni? Atau ada sesuatu yang penting ingin disampaikan supaya berbaloi sebuah penantian itu..
Sekadar peringatan, agar kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam setiap gerak langkah kita. Sekadar peringatan yang ditujukan buat semua dan saya sendiri khususnya.
Sila jawab persoalan di bawah ini dengan ikhlas, jawab senyap-senyap, cukup sekadar terdetik jawapannya di dalam hati sendiri sahaja. Apakah sebab utama kita bersolat?
Mungkin ada yang tertanya-tanya, nak tanya berkenaan solat ke ni? tak. Nak panggil solat berjemaah ke ni? lain kali, insyaallah. Cuma merujuk pada tajuk besar di atas, sukacita saya untuk 'menyeru' para muslimin dan muslimah semua agar sama-sama kita 'tunggu' sekejap di atas tikar sembahyang selepas solat.
Untuk apa tu encik? soalan ni cantik dan jawapannya merupakan isi penting warkah peringatan yang ingin saya kongsikan bersama-sama para pembaca.
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya pada-Mu.
Ia adalah bagi melahirkan rasa terima kasih kita pada yang Maha Pencipta, yang telah memberikan kita seribu satu nikmat dan lebih, dalam setiap detik pernafasan kita sehingga saat ini. Kenapa pula perlu selepas solat, tidak dalam solat? Kerana selepas solat adalah waktu yang ideal untuk kita mengambil sedikit ruang yang saya kira lebih bebas.
Jika di dalam solat, ada doa ketika rukuk, ada doa ketika iktidal, ada doa ketika sujud dan sebelum memberikan salam.. yang baginda Rasulullah s.a.w. lakukan agar dapat kita contohi. Namun, jika kita solat berjemaah, maka ruang itu sedikit tertutup kerana mengambil kira untuk mengikut pergerakan imam.
Jadi selepas solat adalah waktu yang ideal, kerana lebih bebas.. untuk berzikir dan melakukan amalan sunnah Rasulullah s.a.w. yang sering Baginda lakukan ketika hayatnya.
Dalam situasi dunia hari ini (kecuali medan perang), jika kita dapat melakukan solat, maka itu tandanya waktu kita mampu berehat.. dan ia merupakan sedikit masa yang baik (sebelum bangun keluar) untuk kita isi di dalamnya penghargaan dan pengharapan pada yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ambillah masa dan fikir-fikir sejenak, insyaallah ada jawapannya..
Alhamdulillah 'ala kulli halin wafi kulli halin wa ni'mah.
Mesej dari saudaramu dalam Islam.
Hayati setiap ibadah, perbaiki ia setiap saat.
[+/-] Baca lagi..
0 comments :
Post a Comment