Assalamualaikum wrt. wbh.
Bismillahirrahmanirrahim.
Merokok bukanlah suatu tabiat yang asing lagi bagi masyarakat dunia hari ini kerana perancangan kewangan dalam sesebuah negara pun melibatkan aktiviti import dan eksport tembakau tersebut. Saya tanya kawan, best tak merokok? best katanya, boleh hilangkan stress dan boleh buat kulit awet muda. Tanya lagi kawan lain yang hisap rokok, camne boleh ketagih hisap rokok ni.. jawabnya, tak tahulah.. dah terbiasa hisap, tak boleh nak berenti.
Anehkan, camne boleh ketagih? kenapa saya kata aneh.. sebab hisap rokok memang tak sedap. Saya pernah cuba try hisap rokok, dua hari test try nak kaji.. (pastu sampai hari ni memang istiqamah tak nak hisap).. memang tak sedap.. pahit dan mulut ni berbau busuk. Bila hisap je terus ludah air liur sebab tak nak telan air liur busuk. Saya try hari tu dunhill merah dan malboro mentol (hitam biru), habis banyak puntung jugak dalam masa dua hari.
P/S : [Ketagihan] Malam yang berikutnya memang rasa nak hisap lagi, cuma kotak rokok tu dah buang.
Hadis riwayat Ibnu Umar r.a. dalam perang Khaibar bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang memakan buah ini (bawang putih), maka janganlah ia mendekati Masjid" (Shahih Muslim).
Bau busuk mulut akibat bawang pun Rasulullah dah larang, apatah lagi bau busuk mulut perokok.
Pelik tapi benar, camne pulak boleh hilangkan stress? saya rasa hisap rokok lagi menambahkan stress sebab mulut berbau, nak bercakap dengan orang pun malu apatah lagi nak solat. Gosok gigi dua kali pun masih berbau dalam tekak. Cuma yang pasti, bila try hisap rokok, kita lupa untuk membaca bismillah. Jadi camne boleh tenang? Allah pun lupa?
P/S : [Hilang stress] Merokok memang boleh hilangkan stress sebab kita jadi slow dan khayal, khusyuk dok sedut asap.
Firman Allah taala dalam surah ar-Ra'd ayat 28 yang bermaksud, "Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."
Walhamdulillahirabbil'alamin.
[+/-] Baca lagi..
0 comments :
Post a Comment