Assalamualaikum wrt. wbh.
Bismillahirrahmanirrahim.
Bersendirian itu indah, jika kita pandai memanfaatkannya. Minda kita sudah diwartakan bahawa suatu perkara mesti dilakukan dengan berkumpulan, barulah kita dapat melakukannya dengan mudah. Perkara tersebut adalah benar dalam banyak perkara, akan tetapi dalam sesetengah perkara yang lain sebenarnya adalah lebih baik dilakukan berseorangan berbanding ramai orang.
Sekali sekala cuba pusing otak kita, berfikir arah lawan jam pulak. Terfikirkah kita semua itu?
Kita sering risau ditinggalkan oleh kawan, ditinggalkan oleh ayah dan ibu dan ditnggalkan sehelai sepinggan..kan.. ha2. Mungkin sebab kita ni penakut, risau dan rimas bila berada seorang diri.. dalam bilik.. belakang ada hantu dok tengok.. Itulah, sebab kita kurang yakin pada Allah taala. Hantu pun takut.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka" (an-Nahl : 99).
Biarlah ditinggalkan orang, jangan ditinggalkan Tuhan.
Letakkan sisi pergantungan kita kepada yang selayaknya, jangan diharapkan makhluk yang lemah dan perlu bergantung pada Sang Pencipta. Mula dari sini, insyaallah kita akan tenang sewaktu berada bersendirian.
Bilamana ditinggalkan orang, ketahuilah kita sebenarnya beruntung. Bilamana berada bersendirian, ketahuilah sesungguhnya Allah menginginkan kita berada bersama-Nya, menghayati dan mengagungi kebesaran-Nya. Tidak banggakah kita raja segala raja berkehendakkan kepada kita? Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ingin memberikan kita sesuatu yang lebih baik, tidak hendakkah kita?
Jadi.. biarlah ditinggalkan orang, kita sentiasa ada Allah bersama-sama kita. Think positive..
Walhamdulillahirabbil 'alamin.
Mesej dari saudaramu dalam Islam.
Hidupkan hati dikala bersendirian agar ia sihat dan kukuh di dalam jemaah.
[+/-] Baca lagi..
0 comments :
Post a Comment