Assalamualaikum wrt. wbh.
Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syai'un fil ardi wala fissama'.
Pagi ni nak cakap banyak-banyak pun rasa malas je, he2. Selalunya saya akan hurai panjang-panjang dulu baru masuk isi.. tebalnya kulit dari isi, ha2. Tapi rasanya pagi ni kita terus pada topik ye. Whatsapp atau Telegram? Mana yang lebih anda prefer untuk guna..
Whatsapp dan Telegram merupakan dua aplikasi smartphone yang lebih kurang sama fungsinya. Cuma kenapa saya membanding bezakan dua aplikasi ini?
Senang je, sebab mahu para pembaca yang belum tahu untuk menilai sendiri apakah jenis aplikasi yang lebih sesuai untuk digunakan, bagi seseorang individu mahupun sesebuah organisasi.
Lebih & kurangnya pada Whatsapp,
1) Akaunnya percuma hanya setahun, jadi lepas tu kena bayar kalau nak extend period akaun.. lagipun,
2) Jika buat grup guna Whatsapp 'free' ni hanya boleh add 100 ahli je.. Telegram boleh add sampai 200, ahli-ahlinya pun boleh tolong add member baru.. Telegram menang kat situ.
Manakala Telegram pulak,
1) Aplikasinya masih belum popular dalam kalangan rakyat Malaysia.. jadi ramai yang ragu-ragu nak guna..
2) Telegram mempunyai semua fungsi yang ada pada Whatsapp malah lebih lagi dengan data (bahan) yang dihantar lebih secure, secret chat, boleh hantar fail biasa macam e-mail.
3) Popular dengan broadcast channel yang pelbagai dan menarik.
Dari memilih, baik install sahaja dua-dua aplikasi tu.. percuma seumur hidup je bagi Telegram (tiada langganan).. :-p
Tidak perlu kecewa juga dengan Whatsapp, sebab tiada benda yang sempurna, dua-dua ada kelebihan..
Walhamdulillahirabbil 'alamin.
[+/-] Baca lagi..
0 comments :
Post a Comment