Assalamualaikum wrt. wbh.
Bismillahirrahmanirrahim.
Kelantan, Ahad, 4 Oktober 2015 tahun masihi bersamaan 20 Zulhijjah 1436 hijrah tahun Islam.. telah perginya seorang yang sangat bermakna buat diri ini. Perginya tidak akan kembali lagi dan perginya menemui Rabbul 'Izzati.. Rafiq al-a'la..
Sehari sebelumnya, saya berada di Kuala Lumpur dengan cuti yang berganti cuti kerana musim jerebu yang teruk sedang melanda. Biasa lah cuti, berada di depan tv main game je. Suasana pada hari tersebut tak mencerminkan apa-apa yang buruk bakal berlaku.
Dari pagi, bawa hingga ke petang. Masih leka diri ini berada di rumah sehingga lah dikejutkan dengan mesej dari whatsapp yang mengatakan 'beliau' telah kembali ke rahmatullah. Mesejnya amat padu dan menyentap emosi diri ini.. kerana tidak dapat mempercayai perkara tersebut berlaku dengan tiba-tiba.
Mesejnya ringkas hantaran dari kakak yang sedia berada di Kelantan bersama abah di samping beliau. Siapa itu beliau? Namanya Rahimah.. seorang yang tegas, selalu tersenyum dan baik di hati anak-anaknya. Anaknya 10 orang.. semuanya berjaya dididik dengan sempurna dan saya, merupakan yang terakhir di antara semuanya.
Ibu yang mesra dengan panggilan 'ma' oleh anak-anaknya telah pergi buat selama-lamanya. Perginya tiada pengganti lagi di dalam hati ini.
Kubur ma berada di tengah-tengah.
Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan urusan pengebumian beliau.
Mengimbau kenangan lalu, ma merupakan orang yang paling rapat untuk saya meluahkan apa-apa perkara, meminta khidmat nasihat, meminta pertolongan dari segi kewangan dengan kepercayaan yang tinggi diberi olehnya dan sentiasa tersenyum mudah ketika mesra betanyakan sesuatu pada anaknya.. yang kini bergelar seorang ustaz.
Terima kasih ma.
Jasamu tidak akan aku lupa. Segala pengorbananmu aku sentiasa ingat. Ibu, anakmu ini sentiasa mendoakan dirimu agar engkau tidak akan sunyi di sana nanti.
[+/-] Baca lagi..
0 comments :
Post a Comment