Assalamualaikum wrt. wbh.
Bismillah wa bihi nasta'in.
Makan, makan makan.. tu je keje kau! makan, minum, tdo! tu je kau tahu!.. jerit mak piah pada anak perempuannya yang selalu makan tapi malas nak buat kerja rumah. Tu cerita mak piah, langsung tak berkaitan dengan post pada hari ni, he2.
Kita pergi pada tujuan.. waktu terbaik untuk makan? ada ke waktu atau jadual untuk makan ni sebenarnya? makan perlu ke berjadual? Wallahua'lam, cuma saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dahulu sewaktu bekerja di sebuah klinik di Selangor.
Eei, nanti kejap, nanti kejap.. kau tu cikgu.. kan? cikgu bahasa pulak.. camne boleh kerja di klinik.. ada klinik bahasa ke kat Selangor?
Cuba untuk menjawab persoalan tersebut, sebenarnya, saya memang tak pernah belajar mengenai ilmu perubatan ni dan bukan bidang saya. Cuma pernah bekerja di klinik tersebut dalam 3 bulan sahaja lebih kurang. Kerja di bahagian kaunter, tapi kena hafal jugak nama-nama ubat, kegunaannya, cara makan dan tolong doktor macam jururawat bertauliah, ha2.
Balik semula kita pada perkongsian tadi, yang mana ini sebenarnya nasihat doktor, 'dia' merupakan seorang doktor pakar.. nasihatnya lebih kurang, untuk sarapan pagi lebih kurang jam 7.30-8.30 pagi (makan ringan). Makan tengahari pada jam 12.30-1.30 tengahari (makan berat). Manakala makan malam pula pada jam 6.30-7.30 malam (makan berat) dan makan lewat malam dalam jam 10-11 malam (makan ringan).
Pemakanan yang sistematik boleh menjamin berat badan ideal.
Jadi sepatutnya kita tidak makan nasi pada waktu selepas jam 8 malam.. berbeza dengan kebiasaan kita pada hari ini.. dan eloklah ubah segera tabiat makan nasi yang berlebihan, kerana boleh mengundang penyakit kencing manis.
Insyaallah sama-sama kita amalkan.
Taqabbalallah minna waminkum.
[+/-] Baca lagi..
0 comments :
Post a Comment