Assalamualaikum wrt. wbh.
Bismillah wa bihi nasta'in.
Pagi ni saja nak kongsi dengan para pembaca tentang perbankan internet. Mudahnya kerja jika anda mempunyai akaun atas talian bagi sesebuah bank, untuk membuat semakan baki akaun tanpa perlu ke sana ke mari, pembelian murah secara 'online', topup prepaid dan membayar pelbagai jenis bil atau pinjaman yang ada.
Sekarang ni, rasanya semua bank dah menggunakan sistem perbankan internet ni. Mereka punya nama yang tersendiri contohnya Maybank > Maybank2u.. CIMB > CIMB Clicks dan lain-lain yang saya jarang gunakan, he2.
Nak beli tiket kapal terbang pun hanya petik jari, tu pun kalau ada internet kat henpon.
Tapi, jika anda sudah ada, sudahkah anda 'login' akaun bank atas talian tu hari ini?
Sebab saya pernah dua kali, BSN dan Bank Islam.. sebab jarang bukak perbankan internet mereka, lebih dari 3 bulan.. akaun 'deactivate'.. terus. Jadi terpaksa la telefon minta diaktifkan balik dari pihak bank tersebut. Jadi jika ada, login la hari ni, takpun lepas baca ni terus login. Tak 'draw' duit pun takpe.. saje-saje je buka, tunjuk baki kat diri sendiri.. tu pun kalu ada la, ha2.
Lagi satu, keperluan pada kod TAC atau i-Access (Bank Islam).
Sebab dengan kod tersebut baru pembelian dan urusan perbankan internet anda akan tambah 'secure'.. dia send kod kat henset.. macam akaun google dan facebook..
Itu saja pada pagi ini.. tdo awal, bangun awal, badan sihat, boleh.. ehem ehem.. beribadah kan? he2.
Walhamdulillahirabbil 'alamin.
[+/-] Baca lagi..
0 comments :
Post a Comment