Monday, 5 January 2015

Khasiat Kurma

Buah kurma mempunyai khasiat yang banyak di samping rasanya yang manis dan lazat. Kajian saintifik mendapati kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C. Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin.

Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada ibu Nabi Isa a.s. iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Sebagaimana disebut dalam surah Maryam ayat 25 yang bermaksud, "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan ke atasmu kurma yang masak." 

[+/-] Baca lagi..

0 comments :