Assalamualaikum wrt. wbh.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarganya.
Masa..
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.
Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa
sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua dan.. Kelima, masa hidup sebelum tibanya masa mati” (Riwayat
al-Hakim dan al-Baihaqi).
Selalu kedengaran dalam rancangan televisyen, movie.. "...killing time".. betulkah ungkapan tersebut?
Masa sebagaimana yang kita ketahui, berlalu dengan pantas tanpa kita sedari ia telah berlalu. Persoalannya, apakah yang telah kita isi di dalamnya?
Isi lah masa kita dengan aktiviti yang bermanfaat.
Kita punya harta, tetapi kita selalu mencaci harta yang kita miliki. Kita punya kawan, tetapi kita selalu membiarkan kawan-kawan kita dan kita sememangnya mepunyai masa, tetapi kita sentiasa menyesali masa. Tepuk dada, fikir sejenak, re'memorize' balik.. apakah masa kita yang telah berlalu telah dimanfaatkan.. dan kepada siapa ia telah dimanfaatkan.. bolehkah ia berterusan dilakukan?
Kita gembira apabila kita sentiasa sihat, kita gembira apabila kita senang melakukan sesuatu, kita suka untuk dipuji pada setiap masa, namun kita marah dan sering lupa apabila masanya kita ditimpa kesusahan dan musibah. Sedarkah kita, masa sering dipersalahkan dan.. salahkah masa?
Siapa kita? kita hamba. Allah tuan empunya diri kita, kita meminjam dan kita perlu menjadi peminjam yang baik.
Walhamdulillahirabbil 'alamin.
Mesej dari saudaramu dalam Islam.
Hati yang kusut dan keras.. lembutkanlah ia dengan zikrullah.
[+/-] Baca lagi..
0 comments :
Post a Comment