Assalamualaikum wrt. wbh.
Bismillahirrahmanirrahim.
Cuti sekolah ni tak tahu nak buat apa. Update blog pun best jugak dari hari-hari main game je. Tak tahu lah bila nak pencen dari main game konsol ni. Isteri pun asyik dok beri nasihat, "nanti bila dah ada anak tak boleh dah main-main game ni, utamakan anak dulu."
Cuma main game ke tak, yang pasti semua benda yang berkewajipan dah selesai.
Menjawab persoalan yang di atas (topik), saya sebenarnya pun baru menggunakan cermin mata ni. Sebabnya.. rabun jauh, he2. Rasanya dah 4 kali buat 'spek' ni.. yang terbaru dan terkini ni beli di Kelantan. Bingkainya Rayban dan cerminnya Hoya. Buat di kedai Rozaimi bersebelahan PC Depot Kota Bharu.
Alhamdulillah pemakaian spek ni memang membantu penglihatan seharian dan sedikit sebanyak kekurangan ketika menggunakannya tidak dapat dielakkan. Semua benda pasti ada baik buruk, diberi akal agar kita sedia menilainya dengan lebih baik.
Cermin mata menyusahkan kerana..
- Penglihatan jadi terhad.
- Pemakaiannya yang leceh ketika hendak menunggang motosikal.
- Kurang selesa bila terlalu lama pakai.
- Hilang kemachoan.
Cermin mata memudahkan kerana..
- Dapat melihat dengan jelas.
- Tambah hensem jika diteliti (maaf sebab ni fakta realiti).
Sebenarnya mata sebelah kiri silau dan powernya 75 je. Sebelah kanan yang rabun jauh 150.. tapi still boleh dikonsider jika tidak memakai spek ni pun kata pakar. Kerana umur 20-an hingga 40-an ni powernya maintain. Cuma bila tak pakai sekarang dan genap 40-an, mungkin rabun dekat akan menyerang.
Nak cuba atau tak, terpulang pada anda. Jika perlu pakai spek tapi tak nak pakai, dengan kadar yang sederhana, boleh cuba amalkan selawat syifa' dan ayat 22 surah Qaf. Selepas tiap-tiap kali habis solat. Insyaallah dapat dikawal.
Walhamdulillahirabbil'alamin.
[+/-] Baca lagi..
0 comments :
Post a Comment