Assalamualaikum wrt. wbh.
Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi ni dok belek-belek duit syiling yang banyak terkumpul. Dah lama main letak isi dalam bekas atas meja. Tak sangka hari ni lah gunanya.. buat beli burger kul 2.30 pagi, he2. Tapi tu sikit je guna, sebab duit dompet dah kering, 'atm' pun kadang ok dan kadang tak waktu pagi ni. Jadi just guna je lah.
Tak rugi kita menabung dan menyimpan sebahagian kecil daripada duit kita. Bukan duit syiling je, duit kertas pun sama. Sikit-sikit je pun kalau nak letak. Tak payah letak banyak, sebab yang kita nak, konsisten.. berterusan.
Pendidikan generasi akan datang tidak akan terabai dengan taraf ekonomi yang baik.
Dulu pernah jugak pergi ngan isteri kat restoran Secret Recipe time mengidam nak makan macam-macam. Jadi time tu ada la bawak duit tabung dalam bekas, letak dalam kereta sekali. Nak pergi tukar kat bank hajatnye. Tapi time dok dalam restoran tu, isteri bagi cadangan suruh ambik duit syiling tadi terus tukar kat cashier Secret Recipe kot-kot dia nak.
Malu la jugak sebenarnya nak pegi tanya. Last-last isteri yang sukarela nak pergi tanya.. terbaik.. he2. Siap tanya, isteri datang balik bagitau yang bos Secret Recipe kat situ nak duit syiling tu. Apa lagi, saya pun pergi kat kereta ambik la duit syiling tu and then terus bagi kat cashier. Dia senyum je terima duit tu.
Tapi, apa yang menarik kat situ, bos tu sendiri yang mengira duit syiling tu dengan dibantu sorang staf perempuan. Bosnye lelaki cina dan staf tu perempuan melayu. Buat kira-kira pun di meja pelanggan yang kosong belah belakang. Sambil menunggu diorang siap kira, saya dan isteri pun menjamu selera dengan pelbagai juadah yang best-best.
Dah siap makan dan sedang tunggu dessert, bos dia pun datang lah, dengan wang kertas.. he2. RM 140 lebih (rasanya RM 143 dan yang sen-sen lupa). Banyak jugak lah untuk simpanan yang kurang kerap selama hampir 9 atau 10 bulan.
Duit syiling nilainya nampak sedikit, tapi bila dah kumpul lama, hasilnya kita boleh rasa dengan puas hati.
So, menabung dan menyimpanlah, walau sehelai wang kertas RM 10.. insyaallah ada hasilnya.
Walhamdulillahirabbil'alamin.
[+/-] Baca lagi..
0 comments :
Post a Comment