Assalamualaikum wrt. wbh.
Ya Allah, Ya Latif, Ya Kafi.
Syukur alhamdulillah petang ni rasa bertenaga untuk meng'update' blog ni. Nak buat review tentang sebuah laman web yang direkemen oleh isteri dari kawannya dan saya telah mencuba khidmatnya. Bertemakan laman yang simple dan klasik..
HantarKeretaKu.Com merupakan nama rasmi laman tersebut.
Baca nama laman terus paham tujuan.. senang dan klasik, he2. Ye, laman ni menawarkan khidmat penghantaran kenderaan anda di dalam Malaysia. Malaysia tu terbahagi kepada tiga. Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kenapa saya kata terbahagi tiga? sebab.. 1) Perjalanan yang jauh dari satu ke satu tempat yang lain dan, 2) Perlu menaiki kapal laut atau kapal terbang dan bukan kapal selam untuk ke mana-mana destinasi.. kereta boleh, tapi jika jalan yang berhubung la..
Pengalaman saya menggunakan khidmat hantarkeretaku.com ni memang menarik dan mudah. Anda hanya perlu ikut beberapa langkah mudah dan.. semuanya siap sedia.. untuk dipos. Seminggu sahaja, kereta dah sampai. Alhamdulillah kerana dari awal hingga sampainya kereta, semuanya berjalan lancar.
Semua dokumen yang perlu disediakan terdapat dalam laman tersebut. Cuba la tengok-tengok dan bukak sekejap dan jika berminat teruslah menelefon Tuan Syed untuk membuat tempahan. Perlu diingat 1) Jika anda berminat, maka sediakan geran dan surat kebenaran bank (jika kenderaan belum habis bayar) 2) Buat tempahan lebih kurang dua minggu sebelum tarikh pergerakan kapal dan, 3) Elakkan meletak barang-barang berharga dalam kenderaan anda untuk dipos sekali - pesanan ikhlas Encik Arif dari Kota Kinabalu.
Untuk pengetahuan hantarkeretaku.com pula, kereta SD1911K selamat sampai dengan baik 'on time' tanpa ada kerosakan. Terima kasih.
Review ringkas ini sebagai tanda penghargaan atas khidmat terbaik dan harga yang sangat berpatutan yang diberikan oleh pihak hantarkeretaku.com.
Subhanakallahumma wa bihamdik.
Ya Hafiz, Ya Syafi, Ya Wafi.
[+/-] Baca lagi..
0 comments :
Post a Comment