Assalamualaikum wrt. wbh.
Bismillahi tawakkaltu 'alallah.
Hari demi hari berlalu, kita sering juga melakukan dosa. Siapa kita? insan manusia yang sering melakukan kesalahan dan tidak akan sunyi daripadanya. Tidak terdetikkah pada hati kita, diri ini ingin berubah.. diri ini cuba untuk berbuat amal kebajikan yang berterusan.. walaupun jerat tidak pernah melupakan pelanduk.. walaupun nafsu dan syaitan sentiasa menyertai.. dan akhirnya terjatuh kembali ke dalam noda dan dosa.
Cukup bermuhasabah, kita kepada maslahah. Perkongsian saya kali ini adalah sebagai peringatan pada kita semua untuk mencegah tabiat buruk yang sering kita lakukan dan susah untuk diubah jika sudah terjebak. Bermulanya ia dari mata.. dari mata, turun ke hati..
Kita dikurniakan mata, adakah kita mensyukuri nikmat Allah s.w.t. menganugerahkan kita sepasang mata. Mata yang dengannya kita melihat segala sesuatu dan membuatkan otak kita berfikir setiap hari ketika melihat kejadian-kejadian yang berlaku di sana sini. Ada juga yang tidak dikurniakan mata, adakah otak mereka tidak akan berfikir tanpa adanya penglihatan? tidak. Adakah mereka kurang bernasib baik? tidak.
Mereka amat disayangi Allah taala kerana Allah menghalang mata mereka melihat dunia yang murah ini. Otak mereka sentiasa berfikir umpama kita berada di dalam sebuah kurungan. Sentiasa dan sentiasa berfikir bagaimana caranya untuk keluar. Mungkin kerana itu mereka lebih kreatif, mampu melihat dengan 'hati'.
Tetapi itu bukanlah isi dan tujuan perkongsian kali ini.. mukaddimahnya sahaja.. yang abstrak.
Jauhi dari melihat yang sia-sia.
Jangan dilihat yang haram pada mata anda. Apa itu? gambar dan video lucah, gambar dan video yang mengundang syahwat dan seumpamanya.. di kaca skrin (tv atau seumpamanya), di dalam majalah, di dalam internet, di dalam kehidupan realiti, di alam mimpi (bayangan yang disengajakan) dan di mana-mana tempat atau keadaan yang diberi keizinan oleh empunya atau secara sembunyi. Elakkan!
Jangan dilihat yang haram tersebut, 1) Aurat sesama insan (kecuali suami isteri), 2) Aurat tubuh badan makhluk lain yang boleh mengundang syahwat (ada manusia yang cuba menjadikan binatang sebagai tempat melampiaskan nafsu mereka).
Pengalaman saya melihat mereka yang sering melakukan dosa mata, mereka sentiasa tidak tenang dan jika mereka sudah mempunyai keluarga, isteri-isteri mereka bukan lagi penyejuk mata mereka dalam setiap urusan, ada sahaja yang tidak eloknya di mana-mana. Akal mereka juga menjadi sempit dan mereka selalu membantah-bantah dalam perkara-perkara yang baik (sudah tidak nampak yang mana baik dan buruk). Sedikit kasar, bahawa mereka ini kufur pada nikmat Allah s.w.t. yang mana mereka lupa bahawa mereka sebenarnya sering diperhatikan Allah s.w.t. ketika melakukan dosa-dosa tersebut.
Anda bijak dengan menjauhi semua itu kerana 'cahaya' Allah tidak akan sampai pada orang yang melakukan maksiat. Kekanglah nafsu dengan membaca al-Qur'an dan zikrullah. Insyaallah ada jalannya..
Manusia yang bertamadun adalah manusia yang sanggup berubah dari suatu keadaan yang buruk kepada yang lebih baik. Pilihlah hanya yang halal pada mata.
Walhamdulillahirabbil 'alamin.
Mesej dari saudaramu dalam Islam.
Bersegeralah ke arah kebaikan! Berbekallah sebelum terlewat.
[+/-] Baca lagi..
0 comments :
Post a Comment