Assalamualaikum wrt. wbh.
Bismillahirrahmanirrahim.
Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab dan musababnya. Tanpa wujudnya sesuatu masalah, kita pasti tidak akan mampu untuk membina diri ke arah yang lebih baik.
Hari ni mungkin kita tidak punya masalah, mungkin juga kita tidak mendapat sebarang musibah, jadi usahlah kita menambah masalah kepada orang lain yang ditimpa ujian oleh-Nya Yang Maha Esa. Lupakah kita, Allah menguji hamba-Nya tanda Dia sayang pada seseorang itu.
Diberi-Nya kekuasaan pada nikmat, ilmu, akal dan segala sesuatu di muka bumi agar hamba-Nya menjadi khalifah di muka bumi.. mentadbir segala urusan di bumi mengikut landasan syari'at aturan-Nya.
Usai bernasihat, suka saya untuk berkongsi pengalaman yang mungkin dapat membantu saudara semua.
Setahun pertama selepas berkahwin, saya dan isteri belum diberi anugerah untuk mendapatkan cahaya mata. Ingat lagi saya, hari perkahwinan pada 08.08.2013.. (ada pada kad kahwin sebenarnya, he2) yang mana ketika itu masih praktikum di Sabah. Manakala isteri praktikum di Sarawak.
Kawan-kawan yang lebih kurang sama tarikh kahwin dah bunting pelamin, begitu juga abang yang sama bulan kahwin dah mengandung isterinya.. saya pula? Alhamdulillah belum ada rezeki pada isteri. Ada hikmahnya.
Masuk 2015, kami berdua dapat dipostingkan ke Selangor, berlainan sekolah. Isteri disahkan mengandung. Alhamdulillah. Ada yang memberi pendapat mungkin sebab dah dok sekali dan dapat bersama selalu, tidak kurang juga yang mengatakan mungkin kebetulan kena waktu subur.
Namun bagi saya sendiri, banyak yang saya dapat lihat dan ketemu (dalam kalangan kawan), banyak yang dok bersama, tapi belum mendapat rezeki anak. Banyak juga yang dah lama kahwin tapi masih menunggu kedatangan anugerah cahaya mata.
Konsep mencintai Nabi s.a.w. adalah dengan mengamalkan sunnahnya sekali.
Di mana silapnya? Satu yang dapat saya kaji dan teliti pada diri adalah, pengamalan sunnah Rasulullah s.a.w. Amalkan sunnah, anda pasti berjaya. Jika dah amalkan satu dua sunnah nabi, tambah lagi dengan sunnah yang lain. Yang pasti, timbulkan minat dalam melakukannya. Macam mana nak timbulkan minat? kaji dulu sebelum buat.
Moga bermanfaat, Insyaallah.
Walhamdulillahirabbil'alamin.
[+/-] Baca lagi..
0 comments :
Post a Comment