VLE Frog merupakan sistem pembelajaran versi moden yang tidak asing lagi bagi guru-guru dan murid-murid sekolah kebangsaan di Malaysia. Sistemnya yang seakan-akan penggunaan blog memudahkan guru untuk menyediakan bahan pembelajaran yang banyak kepada anak murid.
Cuma kekangan masa dan kerja di sekolah kadang-kadang membuatkan guru tidak mampu untuk memberikan masa yang secukupnya melalui kemudahan sistem ini di sekolah. Jadi, buat di rumah lagi senang kan? nak buat di rumah cara senang pun boleh ikut langkah di bawah (tu pun kalau internet ok kat rumah).
Masalah demi masalah akan datang contohnya kepada pentadbir sekolah sekiranya guru-guru kurang memanfaatkan sistem ini dan masalah juga kepada guru-guru jika murid-murid di bawah seliaan mereka tidak pandai menggunakan sistem ini.
Selaku pengguna VLE Frog ni, tidak rugi kiranya saya cuba berkongsi cara untuk 'login' sistem VLE ni dengan lebih mudah. Jangan sempitkan ruang pemikiran anda kerana MultiLogin ini boleh juga digunakan untuk kemudahan sistem lain seperti penyelenggaraan akaun e-mel yang banyak atau akaun atas talian (online) lain yang banyak.
Login banyak akaun pada sistem VLE ini pula akan meningkatkan jumlah keterlibatan murid di dalam sistem. Maknanya dengan cara ini, murid yang tidak membuka sistem ini pun akan dilihat terlibat dalam aktiviti VLE ni. Untuk guru-guru pun boleh, tapi harapnya guru sentiasa buka la.
Bukan mengajar untuk menipu ye, cuma 'ICE' (In Case of Emergency) bolehlah ikuti langkah di bawah sekiranya anda terlibat masalah yang saya telah sebutkan tadi.
Tutorial untuk 'Sign-In Multiple Accounts'
Google Chrome,
2. Search 'MultiLogin Chrome'.
3. Tekan link seperti gambar di bawah (yang ada tulis 'Chrome Web Store').
4. Pilih 'Add to Chrome'.
Nanti dia akan keluar macam kat bawah,
Dah siap dan bolehlah Sign-In 10 atau lebih akaun VLE Frog murid sekolah anda secara serentak nanti.
Mozilla Firefox,
Berbeza istilah sahaja. Step dia lebih kurang. Gambar contoh di bawah.
Selamat mencuba.
P/S : Pastikan kelajuan internet yang optimum dan browser internet yang sentiasa di update semasa menggunakan kaedah ini bagi mengelakkan ralat.
[+/-] Baca lagi..
0 comments :
Post a Comment