Assalamualaikum wrt. wbh.
Bismillahirrahmanirrahim.
Temu duga dilakukan apabila seseorang individu hendak memohon sesuatu pekerjaan. Termasuklah kerja kilang, secara tak rasmi. Penemu duga merupakan pengarah atau kakitangan kanan dalam sesebuah syarikat. Organisasi mereka akan mengiklankan peluang pekerjaan dan individu yang ditemu duga selalunya terpilih setelah melepasi beberapa peringkat tapisan dan memenuhi kriteria-kriteria yang diingini.
Jika penemu duga berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh individu yang berkelayakan itu, maka cerah masa depan individu tersebut atau dengan kata lain beliau akan mendapat kerja tersebut.
Usaha dan tawakkal amat penting, bukan sekadar ilmu sahaja.
Apa berlaku sekiranya penemu duga tidak berpuas hati? maka sebaliknya lah. Seolah-olah untuk mendapat kerja kita perlu bergantung kepada tindakan untuk memuaskan hati penemu duga. Anda macam mana?
Dongak ke langit slow-slow.. apa bicara hati kecilmu? Kamu pergi temu duga kerana gaji dunia atau kerana Allah? Kamu hendak bekerja untuk sehari duniamu yang belum tentu atau untuk akhirat yang kekal abadi?
Dapat keputusan temu duga yang baik atau sebaliknya, jangan biarkan emosi mengawal diri kita. Jangan melalak terlebih dan jangan pula bersedih ter'over' dan yang penting buruk baik keputusan, jangan di'sure' hebohkan secara melulu. Kawal diri kita, berpada-pada lah. Orang bertanya, baru lah kita menjawab.
Firman Allah taala dalam surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud, "..boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua lah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya".
Firman Allah taala lagi dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud, "Aku tergantung persangkaan hamba-Ku kepada-Ku dan Aku bersamanya jika dia mengingati (dan menyebut-Ku)".
Ingatlah, bersangatan dalam bergembira atau bersedih menunjukkan hati kita yang rapuh dan kurang yakin pada Allah. Rezeki milik Allah, kepada siapa Dia berkehendak, Dia akan berikan. Jadi, sabar dan tekunlah dalam berdoa kepada-Nya kerana sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Walhamdulillahirabbil 'alamin.
P/S : Entri ni khusus dicoret untuk warga DPLI SR j-QAF IPGK Tawau - Keluarga 69.
[+/-] Baca lagi..
2 comments :
x pena g interview :)
xpe, just take note bila dah g nnti {|:-)~
Post a Comment